Monday 28 February 2011

KHIDMAT BIMBINGAN AL-QURAN DAN FARDU AIN

Al-Hamdulillah....Aku masih diberi ruang dan peluang untuk terus membimbing masyarakat bagi membaca al-Quran. Tahniah kepada pelajar ku yang gigih berusaha mempelajari al-Quran biar secara merangkak-rangkak.Itulah usaha yang digembelingkan bagi meraih keredhaan Allah...yang akan menjadi bekalan di Akhirat. Teruskan usaha kalian...wahai Sazali...Khairi dan anak-anak, Abg Wan, Kak Latifah serta anak....Abg Salleh...dll.Moga Allah merahmati hidup kalian di dunia hingga akhirrat.

Sama-sama kita hidupkan al-Quran dan menghayatinya dalam kehidupan.

tuan-tuan, puan-puan, datin-datin, dato'-dato' dan sesiapa sahaja yang berhajat kepada bimbingan al-Quran & Fardu Ain, boleh laa hubungi saya 017-2544610.terima kasih

Wednesday 23 February 2011

IKRAR KU DAN SAUDARA-SAUDARAKU SEISLAM......



“Allah maha beasr lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”


wahai Allah...jadikanlah setiap urusan hidupku dan matiku hanya untuk Mu ...tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Amin